Sunday, April 9, 2017

Keajaiban Allah Tempat Meminta

Saya nak share satu bab dari buku KEAJAIBAN ALLAH TEMPAT MEMINTA:JURNAL AMAL-40 HARI MENDIDIK JIWA . Bab ke-6 yang begitu terkesan di jiwa iaitu mengenai SANGKAAN KITA TERHADAP ALLAH SWT.



KEAJAIBAN PERSEPSI & SANGKAAN


Perkataan yang disebut,dilafazkan & difikirkan,memainkan peranan penting kerana ianya merupakan persepsi atau pengertian seseorang. Persepsi inilah disebut sebagai sangkaan.


Sahabat sekalian,jangan pandang ringan kerana sangkaan merupakan sesuatu yang sangat hebat yang mampu mempengaruhi kehidupan dan keberhasilan di dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.

Sangkaan merupakan antara doa yang terhebat.

"Aku (Allah) akan bersama(mengikutkan) sangkaan hamba-hambaku,maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan."
                                                                                                (Hadis Qudsi; Riwayat At-Tabrani)



Begitulah hebatnya peranan sangkaan terhadap diri kita dan pekerjaan yang kita lakukan. Termasuk jugalah dengan situasi kehidupan seharian kita ini.


Tidak ada kebetulan dalam kehidupan melainkan semuanya yang dirancang dan diatur Tuhan.Bahkan tidak ada walau sehelai daun pun yang gugur dari dahannya tanpa izin dan pengetahuanNya.

Jadi renungkan seketika masalah hidup kita hari ni,Bagaimana dengan keluarga?Bagaimana sangkaan kita tentang pekerjaan kita?Perniagaan yang kita usahakan?Bagaimana hubungan kita dengan ibubapa?Bagaiamana pula halnya sangkaan kita terhadap pasangan?

Andai terlewat pulang dari kerja,apakah sangkaan si isteri kepada suaminya?Berapa ramai isteri yang menyimpan sangka bahawa lelaki tidak boleh dipercayai?Aduhh..duhh..bila dah terjadi seperti yang disangka,siapa pula yang nak disalahkan dan diajadikan angkara. Sedangkan diri sendiri tidak mampu menjaga sangka.

Begitulah juga dalam doa,bahkan dalam meminta pada Allah. Andainya kita mengakui bahawa tempat meminta itu hanya pada Allah,maka mengapa berdoa dengan separuh sangkaan,entah makbul entahkan tidak.

Allah swt berfirman di dalam surah Al-Mukmin; ayat 60 yang bermaksud:
" Berdoalah kepadaKu,nescaya akan Aku perkenankan "


Bersangka baik dengan apa yang kita hajatkan dan dengan apa yang kita minta dari Allah akan membawa kepada apa yang kita hajatkan. Sangkaan adalah doa dan sangkaan kita adalah apa yang kita skripkan di dalam kehidupan. Pokoknya sejauh mana dan sekuat mana sangkaan kita pada perkara-perkara yang dikehendaki.

Apabila datang individu lain dalam kehidupan dan cuba mencampuri urusan,anggaplah sahaja mereka singgah untuk memberikan syor dan cadangan manakala keputusan kita adalah semata-mata dengan penyerahan diri pada qada dan qadar dari Allah. Manusia tidak berdaya,kita tidak ada apa-apa daya melainkan daya yang dipinjamkan seketika olehNya.

Percayalah dengan mengubah sangkaan dan bersangka baik dengan Allah akan mampu mengubah apa jua keadaan dan kesulitan. Inilah yang dinamakan pendirian bagi kita. Teknik sangkaan sebegini seringkali digunakan oleh ilmuan barat dengan memperkenalkan sebagai teknik meditation. Dalam kata lain meditation adalah takafur bagi kita yang beragama Islam. Ketika bertafakur dengan menzikirkan asma Allah yang dipilih untuk memenuhi hajat dan memohon apa jua perkara yang diperlukan. Ketika itulah kita sebenarnya memasukkan sangkaan-sangkaan yang baik.

Bertafakur dengan memasukkan sangkaan-sangkaan yang baik dalam minda dan jiwa kita. Insyaallah itu adalah antara perkara yang boleh membantu kita untuk menjaga sangka serta mewujudkan rasa yakin.

No comments: