Sunday, April 22, 2018

Semakin bertambah usia maka semakin kabur mata kita, mungkin Allah SWT ingin supaya mata hati kita cerah untuk melihat akhirat.🌸
Semakin bertambah usia, hati kita makin sensitif, mungkin Allah SWT ingin mengajar bahawa berpaut pada manusia itu selalu menghampakan, akan tetapi hati yang berpaut pada Allah SWT tidak akan pernah kecewa.😔
Semakin bertambah usia semakin banyak gugur gigi kita, mungkin Allah SWT sedang mengingatkan kita bahawa kita akan gugur ke dalam tanah selamanya.🌱
Semakin bertambah usia, semakin putih rambut kita. Mungkin Allah SWT ingin mengingatkan kita tentang putihnya kain kafan yang bakal membalut kita.🌿
Ingatlah, setiap kali sampai hari lahir kita, maka setiap kali itulah makin berkurang baki umur kita. Maka semakin dekat pula kita dengan kematian.
😢
ZonKuliah


Wednesday, February 21, 2018

Taman Murni Perdana Homestay

Assalamu'alaikum,

Dah lama tak update blog.Terasa malas. Hari tu rumah kena pecah masuk n laptop jenama Dell dan tv Samsung telah hilang dikidnap.Sampai ke hari ni tak beli pun laptop baru. Malaslah nak beli...,guna tab and smartphone jer.Tapi tulah tak puas rasanya tambah-tambah lagi bila kita nak update blog camni kan..hmmm..

Saya sedang mempromosikan sebuah rumah Semi-D End Lot yang saya beli beberapa tahun yang lalu sebagai sebuah Homestay atau lebih tepat lagi sebagai Guest House sebenarnya (buat carian di google maps taman murni perdana homestay,jalan peringat-bachok,nanti anda akan dibawa ke sana)


Disebabkan ia merupakan sebuah rumah yang diduduki sendiri pada asalnya jadi ia merupakan sebuah rumah yang lengkap dengan perabot dan segala keperluan. 


Buat masa ni,saya menawarkan homestay ini dengan dua bilik sahaja dilengkapi dengan dua bilik air. Biliknya agak besar. Maximum guest yang saya tetapkan ialah seramai 6 orang. Kenapa 2 bilik jer?Sebab 1 bilik lagi adalah bilik tempat menyimpan barang-barang atau Stor. Saya dalam perancangan membina sebuah stor di belakang rumah,jadi mungkin nanti homestay ini akan beroperasi dengan tiga bilik,Insyaallah.

Master Bedroom dilengkapi dengan bilik air,1 katil Queen,Aircond,Kipas siling,Wardrobe,Side table,single seat Sofa,Carpet dan rak gantung pakaian. Bilik air pula saya turut sediakan kelengkapan asas mandian seperti toothpaste,shampoo & showerl gel.





Manakala Bilik Kedua yang saya panggil sebagai Oceanic Room menyediakan sebuah katil queen + extra tilam queen,kipas siling,table lamp,rak gantung pakaian dan dilengkapi dengan permaidani. Saya sangat cintakankan lukisan. Jadi sebab itulah rumah/homestay saya ni penuh dengan pelbagai jenis hasil seni lukis yang ada antaranya saya membuatnya sendiri,ada yang saya ambil dari camera DSLR semasa pergi bercuti dan minta pelukis lakarkan ia ke dalam bentuk sebuah lukisan. Ada juga yang saya beli ketika ia dipamerkan. 



Jom kita tinjau di ruang Tamu atau ruang rehat. Plan rumah yang asal ialah living room terletak diruang paling hadapan tetapi saya tukarkan ia kepada dining dan ruang tengah dijadikan sebagai tempat santai bersama keluarga kerana ruang tengah ni lebih besar dari ruang depan.Selain daripada sofa 3 + 2 seat,terdapat sebuah meja kecil dan TV dengan siaran astro Njoi.




Di ruang tengah ini juga saya jadikan sudut membaca.Pelbagai jenis koleksi buku boleh didapati di sini seperti peminat buku antropologi,sosiologi,keagamaan,fakta dan sains,kamus,majalah-majalah seperti wanita,libur,tanyalah ustaz,kosmik,solusi,Reader's Digest dan banyak lagi.


Ruang paling hadapan saya jadikan ia sebagai dining room. Di sini saya letakkan set meja makan kaca 6 seat dan saya hiasi dengan lukisan dinding yang saya buat sendiri berlatarbelakangkan sebuah gunung di tepi tasik di musim panas ke luruh tak pasti :-D. Ini sebuah lukisan cross stich sebenarnya.Ia agak besar dan lukisan ni penuh jadi saya mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya.



Jom kita ke Kitchen.Saya meminati English design.Jadi sebab tulah dapur saya berkonsepkan ala inggeris dengan kabinet dapur berwarna putih.Sebab lain ialah supaya ia nampak luas dan bersih.Bukankah putih itu bersih dan suci kan?ahakss :-D . Warna putih akan tampak ruang yang sempit kelihatan luas. Ok,dapur ni saya sediakan pelbagai kemudahan untuk guest yang menginap. Kalau anda tidak tahu menggunakan dapur gas effergi yang menggunakan pistol,saya turut sediakan Portable Mini Stove dengan tabung gasnya sekali. Caranya sangat mudah,masukkan tabung gas ke tempat yang disediakan dan pusing tombol seperti biasa.




Saya ingin penyewa homestay saya berasa selesa seolah-olah berada di rumah sendiri.Jadi saya turut menyediakan set pinggan mengkuk kaca putih berbunga kecil dan satu set mug yang comel.Kebanyakan homestay menyediakan pinggan dan gelas plastik, jadi datanglah menginap di homestay saya untuk kelainan..haha. 

Kebersihan air merupakan sesuatu yang sangat penting.Jadi saya telah memasang filter air di luar rumah lagi bagi memastikan air yang masuk ke dalam tangki rumah adalah bersih dari kekotoran,karat dan sebagainya. Untuk minum pula,anda perlu tadah sahaja air di sinki (paip paling kecil). Filter air di dalam rumah menggunakan Nano Water Filter Bio Aura.




Sebelum check out,jangan lupa tinggalkan review anda di sini.


Di post yang akan datang saya akan ceritakan mengenai lokasi homestay ini dan jaraknya dari pusat bandar dan tempat-tempat yang ingin anda tuju.


Tuesday, October 10, 2017

SEPULUH OKTOBER...
Tarikh aku dibawa melihat dunia ini. Terima kasih buat abah dan ummi. Jasa dan pengorbanan kalian tak akan dapat ku balas hingga ke akhir hayat. 

Aku tak pernah pon celebrate besday beria-iya ada kek..parti bagai. Biasanya,kalau hari tu kerja,kawan-kawan ajak makan kat secret recipe ker..nando's ker..tengok wayang. Tak ramai pon,kami tu 2,3 orang jer...haha. Kadang-kadang tu,aku sambut kat puncak gunung tengok keindahan alam :-D . Haa..yang lagi satu ni memang win sebab sengaja aku amik cuti pada 10 Oktober dan celebrate kat rumah sorang-sorang dengan katil kesayangan..hehehe. Yelah kan..masa kita lahir dulu kan kita banyak tidur..so,kita kenalah lebihkan tidur jugak pada hari ulangtahun kelahiran,btol tak?chia chia chia...

Takder apa yang aku harapkan dalam kehidupan ini melainkan dengan peningkatan usia ni biarlah amalan aku juga semakin meningkat. Aku berazam untuk lebih mendalami ilmu al-Quran. Aku ingin mengkhatam al-Quran sebanyak yang mungkin dalam setahun. Aku ingin membaca dan memahami tafsir al-Quran sepenuhnya. Aku juga berazam mempelajari bahasa Arab kerana ia adalah bahasa al-Quran. Aku sangat berharap Ya Allah semoga al-Quran yang ku baca ini dapat memberikan syafaat dan menjadi peguambela buatku di hari perbicaraan kelak. Aku sangat berharap kepada kebaikan yang Engkau berikan Ya Rabbul 'Alamin.

Friday, September 22, 2017

Selamat Tahun Baru Hijriah 1439. Semalam kita baca doa awal dan akhir tahun. Doa-doa jangan hanya diminta sekali setahun jer taw tapi kena berdoa hari-hari minta Allah berikan kebaikan dunia dan kebaikan di akhirat.

Begitu juga dalam Hijrah. Jangan tunggu tahun baru barulah kita nak mulakan langkah. Kerana mati itu tidak pernah menunggu walau sesaat pun,tidak pernah terlewat sedetik pun.

#AwalMuharram

Thursday, August 31, 2017

Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita tersembunyi begitu banyak hikmah. Dan hikmah itu pada mulanya mungkin kita tidak nampak malah tidak perasan pun.Nanti,suatu hari kita akan sedar akan hakikat hikmah itu pabila kita telusuri semula peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup ini .

#HariArafah
#Aidiladha


Friday, August 25, 2017

Al Quran itu bila dibaca oleh orang yang banyak melakukan maksiat seolah-olah setiap ayat dan kalimatnya memberikan nasihat dan harapan.

Al Quran itu bila dibaca oleh orang soleh, yang banyak melakukan kebaikan seolah-olah setiap ayat dan kalimatnya mengukuhkan lagi untuk tetap di atas jalan yang benar.

Al Quran itu bila dibaca oleh orang yang sedang ditimpa musibah seolah-olah setiap ayat dan kalimatnya memberikan hiburan dan kekuatan.

Al Quran itu bila dibaca oleh orang kaya danpunya harta benda seolah-olah setiap ayat dan kalimatnya menunjukkan erti bersyukur dan rendah hati.

Al Quran itu bila dibaca oleh orang yang sedang ditindas lemah seolah-olah setiap ayat dan kalimatnya memujuk untuk sabar dan tetap tabah.

Al Quranlah satu-satunya kitab yang sesuai dibaca oleh semua kalangan; tua, muda, remaja, anak-anak, orang bijak pandai dan orang awam. Sesuai dibaca oleh orang yang sedang gembira, bahagia, sedih, senang, gelisah, sihat dan sakit.

Dan Al Quran sesuai untuk dibaca dan ditadabbur di bulan Ramadhan dan di 11 bulan lainnya.

Jangan tinggal baca Al Quran!

#ZonKuliah
#SalamJumaat




Tuesday, August 22, 2017

Allah swt memberimu kelapangan agar engkau tidak terus berada dalam kesempitan. Dia memberimu kesempitan agar engkau tidak terus berada dalam kelapangan. Lalu Dia mengeluarkanmu dari keduanya agar engkau tidak bergantung kepada selain-Nya.

Rasailah 'sentuhan' lembut-Nya padamu. Allah swt sengaja menghadirkan dua keadaan silih berganti dalam dirimu. Dengan kelapangan dan kesempitan Allah ingin membuatmu tetap sedar bahwa hanya Dialah yang mengatur hidupmu.



#ZonKuliah


Thursday, August 17, 2017

Hidup di dunia ini penuh dengan ujian. Dah namanya hidup pastilah kita diuji. Harta dan pangkat adalah ujian. Anak-pinak juga ujian. Ibu bapa pun ujian. Semuanya adalah ujian Tuhan. 

Tidak ada duit adalah ujian. Wang ringgit berjuta-juta juga ujian. Berkahwin itu ujian. Masih membujang juga ujian. Ada anak adalah ujian. Tidak dikurniakan anak juga ujian. Anak yang baik adalah ujian. Anak yang nakal juga ujian.

Nabi Nuh diuji dengan anak yang derhaka. Nabi Ibrahim diuji dengan bapa saudaranya yang kafir. Nabi Luth diuji dengan isteri yang kufur. Nabi Sulaiman diuji dengan kekuasaan dan pangkat. Nabi Ayyub diuji dengan sakit yang dahsyat. Nabi Yahya diuji dengan pembunuhan kejam.

Para nabi diuji lalu mereka lulus, padahal ujian mereka teramatlah berat. Ramai orang diuji dengan ujian yang lebih ringan tapi tidak lulus.

Firaun diuji dengan kuasa tapi tidak lulus. Qarun diuji dengan harta tapi tidak lulus. Bal'am bin Baura diuji dengan pujian pun tidak lulus.

Jadi, jangan merungut dengan ujian Tuhan. Tapi mintalah taufiq dan hidayah supaya kita lulus ujian Allah swt hingga akhir hayat.

         🌿 
-Zon Kuliah-

Friday, August 11, 2017

Satu hal yang sangat susah untuk dijaga adalah 'Hati'. Cukup payah! Sekalipun menjaga hati sendiri. Apatah lagi untuk menjaga hati orang lain.Ingatkan diri kita, semua orang memiliki ujiannya yang tersendiri.Berdoa, berfikir ke arah yang baik dan tawakkallah. Insya Allah, tiada yang indah daripada memiliki hati yang indah. Maafkan masa lalu, berbaiklah dengan hari ini.

#MyJodoh.Com#


Sunday, July 30, 2017

Pertemuan dua keluarga

Memenuhi hajat abah dan ummi hadi untuk bertemu dengan ummi aku bukanlah satu keputusan yg mudah untuk aku buat. Aku ambil masa yg cukup lama berfikir pasal hal ni. Berfikir...berfikir dan berfikir,menimbang tara di mana kebaikan dan keburukannya. Kalau boleh tak nak nanti ada pihak yang sedih dan kecewa jika hubungan ini tidak seperti yang diharapkan.

Pada petang sabtu..seminggu yang lepas, akhirnya aku temukan mereka. Aku ceritakan kepada ummi sedikit sebanyak tentang hadi dan keluarganya. Ummi cakap kat nenek..pastu ia tak jadi rahsia lagi..abis semua org tahu..aduhaii..hmmm..maksu aku siap cakap lagi nak sangat kenal saper jejaka bertuah yg dapat menawan hati anak sedara dia yg sorang ni yg susah utk ditawan ni..hmmm..hati ni milik Allah maksu bukan milik kita. Dia yang Maha Mengetahui saat dan waktunya yg tepat bila hati ni akan terbuka.

Aku cuma perhatikan jer perbualan antara ummi dan abah hadi dengan ummi dan nenek aku. Sesi perkenalan orang2 tua...usul punya usul ada yang kenal rupanya. Nampak happy jer dorang ni. Bercerita dan bercerita. Kalaulah mereka tahu kebimbangan apa yg ada dalam hatiku saat ini Ya Allah...